Syarat Bahasa

ENGLISH PLACEMENT TEST

Pemohon adalah DIWAJIBKAN untuk memenuhi keputusan yang cemerlang di dalam penguasaan Bahasa Inggeris serta mengemukakan sijil-siajil berkaitan iaitu sebagaimana yang tertera seperti jadual di bawah:

 

Ijazah daripada IPT tempatan*

 

UEPT

MUET

IELTS

TOEFL

PBT

(Paper Based Test)

CPT

(Computer Based Test)

IBT

(Internet Based Test)

3

3

5.0

510

180

64

* Keputusan Senat Universiti Kali ke-66 Bil. 6/2011

Pemohon yang tidak memenuhi salah satu keperluan di atas dikehendaki untuk mengambil Ujian Bahasa Inggeris (English Placement Test) dan perlu mencapai sekurang-kurangnya Band 3 sebelum dibenarkan untuk mendaftar sesi pengajian.

 

ARABIC PLACEMENT TEST

Pemohon juga dikehendaki membuktikan kelayakan atau penguasaan Bahasa Arab yang memuaskan dan mengemukakan bukti penguasaan bahasa bersama-sama borang permohonan.

Ujian bahasa iaitu Arabic Placement Test akan diadakan selepas pelajar mendaftar. Pemohon yang belum memenuhi syarat penguasaan Bahasa Arab dikehendaki mendaftar dan lulus kursus Bahasa Arab dalam tempoh pengajian.

Kursus Bahasa  Arab yang diambil ini adalah bertujuan sebagai pra-syarat sahaja dan tidak dikira di dalam gred akademik pelajar

 PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-797 8640/8639, Faks: +606-797 8634, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.