19 January 2022 – Satu majlis ringkas telah diadakan bagi menyerahkan sumbangan komputer riba daripada Pusat Wakaf dan Zakat, USIM kepada lima mangsa banjir yang terpilih di kalangan pelajar pasca siswazah. Sesi serahan ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PWZ dan telah dihadiri oleh wakil Pusat Wakaf dan Zakat, wakil Pusat Pengajian Siswazah dan tiga daripada lima penerima sumbangan tersebut.